online counter

Friday, August 12, 2011

Teambuilding (Part 2)

haaa ... lepas cerita Teambuilding (Part 1), ni ada lagi rentetan cerita-ceriti teambuilding lg ... disebabkan rasa malas nak membebel ngan panjang lebar, jadi aku biarkan gambar sahaja yg bercerita ... lalalala ...


*1- Sarapan dulu supaya ada tenaga ..
*2- Posing ngan kawan-kawan
*3- Dengar taklimat (kunun-kunun mcm tumpu perhatian je)
*4- Itulah team PINK yg hebat ..
 

*5- Taklimat keselamatan sebelum 'flying-fox' ...
 

*6- Posing .. posing .. dan posing .. padahal da kecut perut .. punyala penat nak smapai ke atas tu .. tapi pas sampai je tak sempat nak berehat dah kena tolak .. apa lagi .. "I'M FLYING ...!!!"
*7- Bila da sampai .. ketar lutut masih tak hilang .. tp sbb nampak ada cameraman .. trus posing mcm tak de apa .. chill la kan ...
   

*8- Hahah .. ni yg paling best .. actually diaorg ni semua dari BLUE team .. dengan bersusah-payahnya la tengok masing-masing merangkak bawah halangan ...
 

*9- Yg ni plak team PINK yg berusaha merentasi pelbagai halangan ...

*10- Ha ... yg ni plak hero-hero dari team PINK ... muka masing-masing semangat ... bos pun jeling-jeling je ...


*11- Dua gambar yg kat atas tu menunjukkan betapa gembiranya lepas team PINK di-announce sebagai juara ... apa lagi .. dengan aku skali melompat keriangan (mcm kanak-kanak ribena) ... hahah .. chill la ...
*12- Dua gambar yg bawah tu plak menunjukkan wajah-wajah kecewa dari BLUE team ... tpa apa pun, kitaorg tetap tak de gaduh-gaduh tau ...


*13- Posing-memosing dah menamg jadi wajibla .. tu yang pantang nampak cameraman, ada je nak menyelit ..
*14- Gambar-gambar yg tengah tu masa geng2 lelaki tengok football match "Malaysia vs Singapore" .. 


*15- Hari ke-3 (last day) .. berkumpul dulu utk sesi bergambar ... aktiviti diteruskan ngan berjalan ke tempat paintball yg terletak kat kawasan berhampiran ..
*16- Wajah-wajah wira dan wirawati yang penuh ngan semangat juang .. ecehhh ...


*17- Face mask and marker yg akan digunakan masa peperangan nanti ..
*18- Tapi smlm tu kenalah dengar taklimat dari 'marshal' tentang peraturan-peraturan permainan ..
*19- Setiap org wajip berpakaian lengkap untuk permainan ni .. kalau tak batal la jawabnya .. maka dengan ini semua kena ada dalam kumpulan masing-masing dan bila semua ahli dah cukup, baru la bole amik marker masing-masing .. aku tgh dok tengok mana satu yg paling best nak guna (padahal sama jek)


*20- Begitulah aksi hero dan heroin semasa di medan perang ... beriya je masing-masing ... hahaha ...


*21- Group photo - PINK + BLUE team .. chill lah ..
*22- Team PINK ngan bendera merah yang telah kami perjuangkan untuk mendapatkannya ...
*23- Bajet sorang heroin di antara 3 orang hero yg tak berapa nak macho ... heheh .. chill lah ...
*24- Hero-hero kaki posing ... ngan Mr. Incredibles bergambar kenang-kenangan bersama bos besar tuuu ...


*25- Sesi menjawab kuiz penentu selepas mata kumpulan kami sama ngan kumpulan 'Green Lantern' dan terbuktilah kehebatan kumpulan kami selepas berjaya menyiapkan puzzle yg diberikan dgn pantas ...
*26- Maka bertepuklah kegembiraan dan kami peroleh hamper yg besar untuk kemenangan tu ..


*27- Macam biasalah ... sebelum bersurai ada la majlis penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta ..
*28- Menyanyi sambil posing ... chill la ....
Maka berakhirlah sudah aktiviti teambuilding yang tersangatlah happening ... best woooo ...

Saturday, July 30, 2011

Kemas Rumah

lipat baju yg da basuh ~ DONE
susun semua baju ~ DONE
sapu bilik ~ DONE
mop lantai bilik ~ DONE
tukar cadar ~ DONE
susun atur bilik ~ DONE
kemas dapur + ruang tamu ~ DONE
basuh bilik air ~ DONE
buang sampah ~ DONE


haishh ... semua dah siap .. nak buat apa lg nih .. boring laaa ...
duk rumah sorang2 mmg wat aku jadi mcm org gila .. mati kutu .. mencinyaaa ...

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday

3 little finggers ..

Tuesday, July 26, 2011

Teambuilding (Part 1)

huh ...
selepas sekian lama aku tak mencoret kat sini ... akhirnya aku menulis kembali ...
buat pertama-tama kalinya ofis aku ni mengadakan program teambuilding yg mana program ni telah disertai org staff office ... program ni diadakan pada 22-24 July 2011 ..

aku da rakan2 lain bertolak ke Klana Resort, PD dengan menaiki bas. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 1 jam tp jadi 2 jam sebab ada kemalangan ...

bila sampai je .. aku da tak sabar nak tau aku akan sebilik dengan siapa .. sebenarnya aku tak kisah pn sebilik dengan siapa ... cuma rasa seronok sebab aku dapat sebilik dengan org yang dah memang aku jangkakan ... lepas terima kunci bilik masing .. kami dibenarkan berehat sementara menunggu staf lelaki pulang dari solat jumaat ...

bila semua dah ada .. maka bermula la aktiviti teambuilding yang mana aktiviti dimulakan dengan mengisi borang .. biasala bila da petang .. masing2 mula kurang menumpukan perhatian .. maka fasi untuk program tu mengarahkan semua untuk berdiri .. lalu memasangkan lagu "chicken dance" ... hahaha .. terdengarla gelak-ketawa staf bila mereka diminta untik turut sama menarikan tarian chicken dance tu ... macam-macam gaya ...
* Sebelum ice-breaking
aktiviti diteruskan dengan 'ice-breaking' .. di mana kami diminta mengira dari 1 hingga 6 .. dan akan dipecahkan mengikut nombor yg disebut .. maka aku ialah kumpulan 1 .. kami dimaklumkan yg kumpulan yg telah dipecahkan hendaklah kekal sehingga hari terakhir .. dan hendaklam mematuhi beberapa peraturan .. termasuklah datang awal .. kalau takkk ... markah kena potong .. seterusnya kami diminta utk mereka nama kumpulan, melantik seorang ketua .. dan macam2 lagi ...

* Selepas ice-breaking (kump 1)
selesai membahagikan kumpulan .. ada sedikit minum petang .. dan selepas tu kami dibenarkan utk naik ke bilik masing2 untuk solat asar dan dikehendaki turun semula dengan berpakaian sukan .. part ni yg best sebab petang tu ada aktiviti 'water rafting' ... dari 6 kumpulan tadi digabungkan 3 kumpulan untuk membentk 2 kumpulan besar .. dan kumpulan tu diberi nama kumpulan BIRU dan PINK ... maka selepas penggabungan .. aku berada dalam kumpulan yang hebat iaitu kumpulan PINK .. kami diminta untuk membina rakit .. di mana boleh mengisi sehingga 5 penumpang ... bila rakit dah siap kna pulak tiup belon sampai pecah .. aku jga la yg kena tiup belon tu ... bila belon dah pecah .. keadaan jadi kelam kabut sebab semua dah tak tau siapa yg sepatutnya ada atas rakit .. tetiba nama aku jga yg disebut .. aku pun duduk la kat tengah2 rakit tu .. tapi merasa jugala penat mendayung .. takut jga tjatuh sebab aku tak reti berenang .. kesudahannya kumpulan aku menang dengan jayanya .. apa yg aku dapat simpulkan ... masa aktiviti water rafting ni .. semua orang sama .. bos ke .. pekerja bawahan ke .. semua dah nampak macam sama je ..

* berusaha habis daya utk mendayung :)
* menuju ke checkpoint seterusnya
selesai diumumkan kumpulan yang menang .. kami dibenarkan utk balik ke bilik masing2 utk bersiap-siap utk maghrib dan class pada malamnya .. badan mula terasa letih .. tapi semua orang nampaknya masih bersemangat ..

bersambung dalam penulisan seterusnya nanti ...

Friday, May 6, 2011

sis's e-Day

hohoh ...
acum ... waa .. behabuk da blog ni ...
nampak sangat tuannya da lama tak mengupdate story-mory kat sini ..
bukan apa ... tak sempat je .. dek aktiviti harian kat ofis .. plus aktiviti-aktiviti tambahan yang lain ...

ok .. tanggal 1 Mei 2011 yg lalu, adik aku yg no 1 tu dah selamat menjadi tunangan orang ...
wah .. melangkah bendul nampak .. tu la .. da gatal sangat kot ... hahaha .. tak lah .. dah sampai jodoh la tu ...
bercakap pasal melangkah bendul ni .. ramai gak jiran-jiran yang datang tanya yg kakak (aku la tu) ni bila lagi ..
aku pn mula la rasa tak selesa .. rasa tak best ngan soalan tu .. mcm mna nak jawab sbb aku sndri pn tak de jawapannya .. aku pn mula la buat2 tak dgr ... sampai orang yang tanya tu rasa budak ni apahal agaknya ..
hahaha ...

btw .. alhamdulillah ... majlis sederhana tu berjalan ngan lancar sekali walaupun rombongan dari pihak lelaki terlambat sampai ...
apa yg tak best nya .. sdara-sdara aku yg bising da lapar sampai ada yg ajak balik .. aku tak berapa nak gemar pe'el diaorg tu .. tak kan tak bole nak sabar kalau iye pun da lapar .. mcm tak biasa je attend majlis org ... iyela ... bukan apa .. perangai org kampung aku ni mmg pelik sikit .. asal lambat je nak balik .. pastu nak minta org dapur tapau utk diaorg .. byk cantik .. konon2 nk jga la merasa lauk kenduri ... tah pape ... kot ye pun sabar sikit, then makan la sama2 nanti .. tu la konsep kenduri ... bukan setakat nak lepaskan perut sndri je .. kalau sorang da mula menapau .. pastu ada org lain plak yg mengikut .. nanti apa plak yang tuan rumah nak jamukan pada tetamu yang lain kan ... 

aduhai orang kampung .. cubalah keluar dari konsep yg macam tu ... bukan tuan rumah tak nak bg makan, tp minta bersabar sikit .. pastu bole la makan beramai-ramai ... kan tu lagi baik ... ada plak yg kata dia tak bole lmbt makan .. kalau tak nanti pengsan .. alahaii ... tak kan msa kat rumah tak smpat lgsg nak bersarapan sampai stgh jam lambat pn tak bole nak tggu ... geram plak aku dibuatnya hari tu ..

apa pn segala pe'el org kg terutamanya sdara-sdara aku ni tidak dilayan oleh org2 dapur (jiran-jiran ku) .. aku tgk tak de plak yg balik sbb tak makan ... bukan apa .. diaorg ni malas nak tggu lama utk makan .. da kata jamuan makan pkul 1,  bila pkul 1 masih tak makan tu yg diaorg sume berbunyi ... macam-macam la diaorg ni ...

apa yg penting kat sini tak de yg tak dapat makan dan majlis berjalan dengan lancar walaupun terlewat sikit dari yang dijadualkan ... 
nah .. ni antara beberapa pic tunang adk aku yg comel gebu tu ... 

Ni tepak sirih - modern style


Ni gambar yang tak cukup quorum .. sbb sorg adik aku tak dapat balik .. ada exam ..


Posing dulu ni .. 


Bersama dengan En. Tunang-nya


Tengok dulu kat cermin kalau ada yang tersenget ..

ok ... sampai sini dulu .. nanti kalau ada masa aku menulis lg ..


Monday, February 28, 2011

TBS - BTS

waaa ... lamanya tak de entry baru ...
bukan apa, tp tak berkesempatan sebab kesuntukan masa ..
huhuhu .. tp hr ni atas kelapangan yg ada, aku dapatla conteng2 sikit kat sini ...
bukan apa, cuma nak berkongsi cerita & pengalaman mengunakan perkhidmatan bas di "Terminal Bas Selatan" (TBS) di Bandar Tasik Selatan (BTS)  ...
masa mula2 sampai .. terkagum aku jap ... sebab tak sangka punyala besar TBS ni ... ala2 KLIA pn ada ... masa tu aku ngan adik aku nak balik melaka .. so masa ktaorg sampai kat situ, dua-dua ni macam rusa masuk kampung .. hahah .. mungkin ada sorang pekerja kat situ perasan kot gelagat aku ngan adik aku yg terpinga2 kat situ .. dia pn tnya aku nak ke mana .. aku jawabla nak beli tiket .. pekerja tu pn tunjuk kan aku kaunter tiket .. heheh .. termalu sendiri .. 
habis satu babak ..
ni la kaunter tiket yg aku ceritakan tu ..
babak seterusnya ialah masa ktaorg beratur nak beli tiket .. 
aku ngan adik aku ni tercari2 la nama bas yg kami nak naik .. tp tak de .. sampai turn ktaorg .. xtau nak cakap apa kat kaunter tu .. tak pasal2 org tu plak tnya nak ke mana .. barula aku jawab nak pg melaka .. tetiba skrin dpn ktaorg menyala dan kami diminta utk pilih masa perjalanan dengan tempat duduk .. dalam hati ni kata ..(waa .. da canggih la) .. heheh .. mcm jakun kan ...
pastu kakak kat kaunter tu minta IC plak .. aku pn dgn pelik tnya la kat dia knapa kena guna ic?
kakak tu cakap utk keselamatan .. dia pn scan IC aku ngan adik aku tu .. waaa .. (kagum lg) .. sebab tiket bas ada nama penumpang .. hebat tul ..
ni lah tiket bas yg siap dengan nama penumpang .. 
Departure board ..
Arrival board .. cam kat airport kan ..
pas beli tiket, ktaorg pn mcm lost sebab tak tau kat mana nak tggu bas sampaila ada pengumuman kata semua penumpang kna ada kat tempat berlepas setengah jam sebelum waktu perjalanan ..
haha .. aku nampak ada polis, aku tnya kat mana nak tggu bas, dia kata kat tingkat 2..
ingatkan bole turun terus, rupanya dia nak tgk dulu tiket ktaorg td, pastu baru bole turun ..
huhu .. macam2 .. tp mmg rasa selamat kat situ ..
dah sampat tingkat 2 tu aku tak nampak plak mana2 gate yg kata bas aku kat situ .. kna tnya lg ..
sampai polis kat situ pn ketawa sambil kata "kat TBS ni byk bnda kna blajar" .. (sambil ajar aku mcm mna nak bca skrin kat situ) .. huhu ..aku pn dengan sabar tggu bas .. tepat pkul 8.00 mlm, bas sampai ...
barulah gate tu terbuka .. skali lagi, kami dikehendaki beratur utk scan tiket plak sebelum dibenarkan keluar utk ke bas .. hahah .. begitula pengalaman aku kat TBS - BTS utk pertama kalinya ..

kalau ditanya tentang perasaan, aku bangga sebab ada terminal bas baru yg cantik dan selamat ..
harap berkekalan ...

alhamdulillah .. perjalanan selamat sampai ke melaka jam 10.15 mlm ...


Thursday, February 17, 2011

Segmen : Saya punyai 100 hingga 500 FOLLOWERS


Terhangat .. tak susah pun .. tekan2 je keyboard .. pastu klik aje sini ..


Friday, February 11, 2011

Better than nothing ..

semalam .. adalah penentu segalanya ..
semalaman berfikir dengan 1 soalan .. kenapa..? kenapa..? dan kenapa ..? lantas menjawab semua persoalan yg berlegar dalam kotak fikiran ni dengan andaian sendiri sambil mencari kekuatan untuk hari2 esok .. dan terus belajar untuk menerima ..
huhuhu .. walaupun penerimaan tu bukan yg sepatutnya, tapi aku kena akur .. mungkin ini yg terbaik utk aku ..
tp macam mna skali pun, jauh dalam hati ni tersimpan jga rasa tak puas hati .. iyela, kalau ruang lingkup yg diberikan utk kami adalah sama, tapi penilaian dan penerimaan yg berbeza, itu lebih membuatkan aku utk berfikir mana lg kekurangan dan kelemahan aku .. dan kenapa aku tak dinilai sama macam yg lain .. well .. mungkin ni jga ketentuan-Nya .. Dia lebih tau mana yg baik dan mana yg buruk utk aku, dan atas rasional itu, aku bersyukur atas apa yg aku terima semalam .. hati ni memaksa diri utk pasrah walaupun terpaksa .. terkilan .. dan rasa rendah diri .. aku redha .. sebab apa yg aku dapat adalah lebih baik dari aku tak dapat apa2, walaupun "the best is yet to be" ..

-END-



Wednesday, February 9, 2011

Setakat tu je ke ..?

huhu ... tgh aku mem-bz-kan diri dengan virtual villagers 4 yg aku baru install kat dlm lappy aku tadi .. tiba-tiba aku dikejutkan ngan 1 panggilan dr rakan seperjuangan yg 1 dept ngan aku .. 

apa..?? default level je ..? mana mungkin .. aku pn mula nak mempertikaikan  .. tapi ... umphhh ...
aduh .. kecewanya dgr perkhabaran dari dia ... kenapa mesti mcm tu .. ? mana silapnya ..?
apa lg yg tak kena ngan hasil kerja aku .. ? macam2 lg persoalan yg timbul .. yg jawapannya hanya 'dia' yg tau kenapa .. huh .. terus terfikir yg kerja aku selama ni sia-sia .. bakti ku terasa mcm dah dibuang jauh-jauh .. usaha yg tak terbayar .. buang masa .. terasa sgt tak adil utk diri ni bila tau apa yg berlaku .. 
frust ..? tu da semestinya .. kecewa..? tu memang da ... ditambah lg ngan rasa geram .. dan rasa tak puas hati yg melampau sampai aku terasa payah nak melelapkan mata .. terfikir mcm mna aku nak mengharung esok .. reaksi yg mcm mna yg perlu aku tunjukkan pada 'dia' nanti .. 

Friday, January 28, 2011

Trip ke ...

aktiviti tgh hr Jumaat ... lawatan ke kedai kain ... 
tak de motif pn .. tp di jadikan pengisian utk break yg pjg tgh hr ni ...
haha ... sume staff perempuan tgkat 3 terlibat dalam lawatan ni ...
bukan apa ... selalu duk ofis je ... tp minggu ni aku buat keputusan nak ikut diaorg ...
lokasi kedai kat Jalan Tnku Abdul Rahman .. haha ..
sampai kedai .. semua diam .. bukan apa pun .. melayan kepala ngan mata ni tgk macam2 jenis kain ... banyak betul pilihan .. apa taknya kalau susunan pn tggi sampai ke bumbung ...
huhu .. kalau nak beli pn tak tau nak pilih yang mana .. huhu ..rambang mata ...
tak caya ..? nnt tgk sndri pic yg aku smpat snap ..

haa .. kan .. ni bru 1 side ..
ni lagi ....
aku pn sempat gak curik2 posing ...
mereka jga sgt excited ...
mcm mna ...? pcaya tak aku kata kedai tu mmg byk sgt kain ... terasa mcm kat kilang kain je ..
hehehe .. tp nasib baik ktaorg tak smpai ofis lambat .. 
huhu ... ok la .. nnt cite lg ek ...
pen off ..

Thursday, January 27, 2011

Hari2 pun sama je ...

haishh ...


tak nak cakap banyak .. just nak bgtau traffic pagi ni sama je macam pagi2 sebelumnya ... kuar awal pn jem, kuar lambat pn jem ... KL .. oh .. KL ...


Monday, January 24, 2011

Bahulu .. oh .. bahulu ...

haha ..
tetiba je kan ...
nak kata lapar, dah makan da tgh hr td ...
tp macam biasa la ... lunch time mesti nak jga turun cuci mata kat 1st floor .. 
walau pun tak bawa duit ... kalau bawa duit, confirm seringgit pn mesti melayang ...
nak dijadikan cerita .. ada plak sorang akak ni jual bahulu ...
G.U.L.P ... telan air liur aku tgk bahulu yg kakak tu jual ...
huhuhu .. sebagai penggemar kuih tradisional ni aku pn amik kesempatan utk rasa secara percuma ...
huhuhu .. sedap ...
tapi tak sesedap masa raya ... hahaha ...
nak beli .. alamak .. duit tak bawa turun plak td ...
tu la .. konon nak window shopping je .. kan ...
tak pe .. nnt lain kali bole beli ...
tak pun, tggu raya ... baru bole makan beriya ...
hehehe ...
ok .. cukup2 dah la ye .. nnt kang dok teringat bahulu je tak dan nak siap kje ...
heheheh ....

Wednesday, January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG !

image
Gempar ... bergegarrr ...!! ahh .. segment ni kembali lagi ... mari .. mari .. kita serbu ... sementara tawaran masih terbuka ni ..

blog ni ... dah tentulah ni blog aku sendiri .. dan rasanya blog ni sangat selamat sebab xde jangkitan segala macam virus, bakteria, kuman, bagai .. so aku join ..

jangan risau la .. En. Ben kata sume bole join .. asalkan ada blog .. tak gitu?

tggu apa lg ... jom pakat ramai2 join segment anjuran En. Ben ni ...


Cinta itu bukan tuhan ...

pagi2 ni datang ofis macam biasa ...
tp lepas dapat 1 e-mail dari sorg ust. kat sini buat aku terfikir .. walaupun tak de apa2 yg patut aku comment ... tp e-mail tu buat aku rasa sikit terganggu  ..
isi kandungan dari e-mail tu berkisahkan tentang CINTA


CINTA ITU BUKAN TUHAN
Seorang suami pernah meluahkan rasa hatinya kepada saya. Yakni tentang gangguan perasaan yang dialaminya. Dia diusik kenangan lama apabila bertemu dengan bekas kekasihnya semula.  Entah kenapa perasaan cinta mereka seakan berputik kembali.

"Kami terlalu cinta. Malangnya kami tidak ada jodoh. Kami terpaksa berpisah dan kemudiannya menemui jodoh masing-masing."
Dia mengadu setelah hampir sepuluh tahun, tidak sangka hatinya masih berbunga cinta. Dan ajaibnya cinta, ia tidak mengenal usia. Sedangkan kini dia sudah punya dua orang anak dan bekas kekasihnya pun ada seorang anak. Masing-masing sudah punya keluarga.
"Apa masalahnya?" tanya saya seperti sukar memahaminya.
Dia kemudian mengakuinya bahawa bekas kekasihnya pun rupa-rupanya juga masih mencintainya.
Cinta bukan Tuhan, itulah jawapan pendek yang saya berikan padanya. Saya tegaskan tidak semua kehendak cinta mesti kita patuhi. Bila cinta melanggar batas-batas rasional, nilai-nilai kemanusiaan dan yang paling utama melanggar syariat, kehendaknya mesti dihentikan.
Saya ingatkan kepadanya, pertimbangkanlah bagaimana nasib isteri dan anak-anaknya nanti jika kehendak cinta yang "gila" itu dipenuhi. Pergi memburu cinta yang tidak pasti, lalu meninggalkan anak-anak dan isteri yang diamanahkan Allah... Berbaloikah?
Dan yang paling utama, bagaimana pula hukum Allah yang akan dilanggar jika hubungan terlarang (haram) itu diteruskan?
Mencinta isteri dan suami orang adalah haram. Curang itu khianat. Khianat itu adalah antara ciri kemunafikan.
Ya, cinta memang buta, tetapi orang yang bercinta (lebih-lebih lagi orang beriman) jangan pula sampai buta mata hati untuk mengawal dan mengendalikan rasa cinta. Demi cinta sanggup berdosa? Demi cinta sanggup menempah neraka? Fikir dan zikirkanlah (ingatkanlah)!
Malangnya, begitulah realitinya kini.  Cinta dimartabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung... Demi cinta segala-galanya berani diterjah dan sanggup diredah. Tidak percaya? Bacalah masalah-masalah masyarakat yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah. Isteri jatuh cinta pada suami orang. Suami jatuh cinta kepada wanita lain dan rela meminggirkan isteri sendiri. Bila ditanya kenapa? Kebanyakannya menjawab, "apa boleh buat, kami sudah jatuh cinta!"
Inilah gara-gara dan bahananya menonton filem cinta versi Bollywood, Hollywood atau filem-filem "yang sewaktu dengannya". Inilah impak lagu-lagu cinta yang menyumbat telinga dan menyempitkan jiwa. Secara tidak sedar filem-filem dan lagu-lagu itu telah menawan "akal bawah sedar" sesetengah masyarakat, bukan sahaja remaja, bahkan "retua" hingga sanggup menobatkan cinta sebagai Tuhan dalam kehidupan.
Lihat sahaja bagaimana hero dan heroin dalam filem-filem tersebut sanggup melepasi apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka. Pengorbanan demi cinta disanjung dan dipuja walaupun jelas melanggar tatasusila dalam beragama. Kerap kali ibu-bapa dipinggirkan, kononnya kerana menghalang kehendak cinta. Apa sahaja plot dan klimaks cerita, cinta akan dimenangkan. Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta!
Mari kita renung sejenak. Cuba tanyakan siapakah yang mengurniakan rasa cinta di dalam hati setiap manusia? Tentu sahaja jawabnya ialah Allah. Allah mencipta manusia, hati, akal dan perasaannya. Cinta itu fitrah yang dikurniakan Allah pada setiap hati. Lalu kita tanyakan lagi untuk apakah Allah berikan naluri cinta ini?

Untuk Apa Manusia Diciptakan?
Untuk mengetahui apa tujuan cinta kita perlu kembali kepada persoalan asas, untuk apa manusia dijadikan? Ini adalah kerana semua yang diberikan Allah kepada manusia adalah untuk memudahkan manusia menjalankan tujuan ia diciptakan oleh Allah. Apakah tujuan Allah menciptakan manusia? Tidak lain, hanya untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.
Ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui firman-Nya:
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba (beribadah) kepada-Ku." (Surah Al Dhariyat, 51: 56)
Dan Allah menegaskan lagi:
"Kami jadikan di muka bumi manusia sebagai khalifah."
Dua tujuan penciptaan manusia ini adalah amanah yang sangat berat. Allah menegaskan lagi:
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, namun semuanya enggan memikul amanat itu kerana mereka khuatir mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu tersangat zalim dan jahil." (Surah Al Ahzab, 72)
Sebagai hamba Allah, manusia perlu mengabdikan dirinya kepada Allah setiap masa, ketika dan di mana sahaja. Ia perlu menjadi manusia yang baik melalui ibadah-ibadah fardu Ain yang diwajibkan secara personel oleh Allah ke atas dirinya. Dan sebagaI khalifah di muka bumi, manusia perlu mengurus, mentadbir dan memakmurkan muka bumi ini berpandukan hukum-hakam Allah s.w.t. Ini adalah tanggung-jawab yang berat dan memerlukan penyertaan orang lain bersama-sama untuk dilaksanakan. Kebanyakannya amalan berbentuk fardu kifayah ini memerlukan tenaga jemaah.
Allah swt Maha Mengetahui akan kelemahan manusia. Dua tujuan yang besar penciptaan manusia itu tidak boleh dipikul secara bersendirian. Justeru, awal-awal lagi manusia wujud secara "co-existance" (ujud secara bersama). Kebersamaan ini sangat perlu untuk memberi kekuatan bagi memikul tujuan hidup yang sangat besar dan berat itu. Dan titik awal perpaduan antara seorang manusia dengan seorang manusia yang lain ialah hubungan suami-isteri yang membentuk sebuah keluarga.
Keluarga adalah nukleus yang pertama dalam hubungan sesama manusia. Daripada sebuah keluarga terbentuklah masyarakat, daripada penyatuan masyarakat terbentuklah daerah, negeri, negara dan akhirnya dunia kehidupan yang lebih besar dan luas. Lihatlah bagaimana segala bentuk perhubungan itu semuanya berasal daripada hubungan seorang lelaki (suami) dan seorang wanita (isteri).
Maha suci Allah yang menyatukan manusia dalam pakej-pakej perhubungan yang bernama keluarga, masyarakat, daerah, negeri, negara dan dunia antarabangsa. Semua itu untuk apa?
Ya, untuk bersatu bagi menjalankan peranan mereka sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Tugas yang berat dan mencabar itu akan terasa lebih mudah jika dipikul bersama-sama. Tanpa hubungan dan bantuan daripada orang lain, manusia tidak akan terpikul amanah yang besar itu.
Sesungguhnya, untuk memulakan tapak asas atau benih permulaan hubungan antara manusia dengan manusia itulah Allah ciptakan rasa cinta. Allah datangkan rasa rindu, sepi dan inginkan teman di dalam hati Nabi Adam. Pada hal Nabi Adam tinggal di syurga – tempat terhimpunnya segala nikmat dan keindahan.
Namun, tanpa seorang "teman wanita", Nabi Adam masih terasa kesepian jua. Allah jugalah yang mengurniakan rasa itu, untuk menjadi sebab terbentuk hubungan suami-isteri yang kemudiannya menjadi sebab pula lahirlah zuriat demi zuriat yang melahirkan generasi manusia.
Dan kemudian datanglah ujian. Cinta mereka berdua terpisah ketika "tercampak" ke alam dunia. Setelah sekian lama cinta mereka terpisah (sebagai kafarah satu kesalahan), akhirnya mereka bertemu di padang Arafah. Dan dari situlah bergabunglah jiwa, minda, perasaan dan tenaga mereka berdua untuk menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah di dunia.

Cinta Hanya Jalan, Bukan Tujuan
Cinta itu bukan tujuan... Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan."
Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.
Mungkin rasa seperti itulah yang berbunga di dalam jiwa si suami yang diimbau nostalgia cinta lama oleh bekas kekasihnya yang saya sebut pada awal tulisan ini. Kerana cinta, terdetik dalam hatinya untuk bersama bekas kekasih walaupun terpaksa mengorbankan anak dan isterinya. Mungkin rasa cinta itulah juga yang menyebabkan ramai wanita mengorbankan kehormatan diri kepada kekasih hati demi membuktikan ketulusan cintanya. Mungkin kerana itulah juga seorang anak sanggup berpisah dengan ibu-bapanya demi memburu cinta.

Bertuhankan cinta samalah bertuhankan hawa nafsu. Bila tujuan suci dan hakiki dipinggirkan, timbullah tujuan keji dan ilusi sebagai ganti. Sering terjadi nafsu seks dijadikan tujuan di sebalik rasa cinta. Cinta yang berbaur dengan kehendak seks inilah yang pernah dikecam oleh Al Farabi dengan katanya:
"Cinta yang berlandaskan nafsu seks adalah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan!"
Ironinya, ada yang berkata, "lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks. Wanita memberi seks untuk mendapatkan cinta."
Eksploitasi dan manipulasi cinta ini tidak akan memberi kebahagiaan kepada sesiapa – baik kepada lelaki mahupun kepada wanita. Lelaki yang mendapat seks dengan memperalatkan cinta, tidak akan pernah puas. Kehendak nafsu tidak terbatas dan tidak akan pernah puas. Melayani nafsu, umpama minum air laut... semakin diminum, semakin haus.
Manakala wanita yang memberi seks, kononnya untuk mendapat cinta, tidak akan mendapat cinta yang sejati. Mereka hanya akan menemui kasanova dan lelaki hidung belang yang hanya cinta sebelum dapat apa yang diidamkan, tetapi tunggulah sebaik sahaja habis manis sepahnya dibuang. Wanita-wanita malang ini bukan hanya kehilangan cinta, tetapi hilang maruah, kehormatan dan harga diri.

Letakkanlah cinta sebagai alat untuk beribadah kepada Allah. Wujudkanlah rumah tangga bahagia yang menjadi wadah tertegaknya kalimah Allah.

Sekian ...



Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...