online counter

Friday, January 28, 2011

Trip ke ...

aktiviti tgh hr Jumaat ... lawatan ke kedai kain ... 
tak de motif pn .. tp di jadikan pengisian utk break yg pjg tgh hr ni ...
haha ... sume staff perempuan tgkat 3 terlibat dalam lawatan ni ...
bukan apa ... selalu duk ofis je ... tp minggu ni aku buat keputusan nak ikut diaorg ...
lokasi kedai kat Jalan Tnku Abdul Rahman .. haha ..
sampai kedai .. semua diam .. bukan apa pun .. melayan kepala ngan mata ni tgk macam2 jenis kain ... banyak betul pilihan .. apa taknya kalau susunan pn tggi sampai ke bumbung ...
huhu .. kalau nak beli pn tak tau nak pilih yang mana .. huhu ..rambang mata ...
tak caya ..? nnt tgk sndri pic yg aku smpat snap ..

haa .. kan .. ni bru 1 side ..
ni lagi ....
aku pn sempat gak curik2 posing ...
mereka jga sgt excited ...
mcm mna ...? pcaya tak aku kata kedai tu mmg byk sgt kain ... terasa mcm kat kilang kain je ..
hehehe .. tp nasib baik ktaorg tak smpai ofis lambat .. 
huhu ... ok la .. nnt cite lg ek ...
pen off ..

Thursday, January 27, 2011

Hari2 pun sama je ...

haishh ...


tak nak cakap banyak .. just nak bgtau traffic pagi ni sama je macam pagi2 sebelumnya ... kuar awal pn jem, kuar lambat pn jem ... KL .. oh .. KL ...


Monday, January 24, 2011

Bahulu .. oh .. bahulu ...

haha ..
tetiba je kan ...
nak kata lapar, dah makan da tgh hr td ...
tp macam biasa la ... lunch time mesti nak jga turun cuci mata kat 1st floor .. 
walau pun tak bawa duit ... kalau bawa duit, confirm seringgit pn mesti melayang ...
nak dijadikan cerita .. ada plak sorang akak ni jual bahulu ...
G.U.L.P ... telan air liur aku tgk bahulu yg kakak tu jual ...
huhuhu .. sebagai penggemar kuih tradisional ni aku pn amik kesempatan utk rasa secara percuma ...
huhuhu .. sedap ...
tapi tak sesedap masa raya ... hahaha ...
nak beli .. alamak .. duit tak bawa turun plak td ...
tu la .. konon nak window shopping je .. kan ...
tak pe .. nnt lain kali bole beli ...
tak pun, tggu raya ... baru bole makan beriya ...
hehehe ...
ok .. cukup2 dah la ye .. nnt kang dok teringat bahulu je tak dan nak siap kje ...
heheheh ....

Wednesday, January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG !

image
Gempar ... bergegarrr ...!! ahh .. segment ni kembali lagi ... mari .. mari .. kita serbu ... sementara tawaran masih terbuka ni ..

blog ni ... dah tentulah ni blog aku sendiri .. dan rasanya blog ni sangat selamat sebab xde jangkitan segala macam virus, bakteria, kuman, bagai .. so aku join ..

jangan risau la .. En. Ben kata sume bole join .. asalkan ada blog .. tak gitu?

tggu apa lg ... jom pakat ramai2 join segment anjuran En. Ben ni ...


Cinta itu bukan tuhan ...

pagi2 ni datang ofis macam biasa ...
tp lepas dapat 1 e-mail dari sorg ust. kat sini buat aku terfikir .. walaupun tak de apa2 yg patut aku comment ... tp e-mail tu buat aku rasa sikit terganggu  ..
isi kandungan dari e-mail tu berkisahkan tentang CINTA


CINTA ITU BUKAN TUHAN
Seorang suami pernah meluahkan rasa hatinya kepada saya. Yakni tentang gangguan perasaan yang dialaminya. Dia diusik kenangan lama apabila bertemu dengan bekas kekasihnya semula.  Entah kenapa perasaan cinta mereka seakan berputik kembali.

"Kami terlalu cinta. Malangnya kami tidak ada jodoh. Kami terpaksa berpisah dan kemudiannya menemui jodoh masing-masing."
Dia mengadu setelah hampir sepuluh tahun, tidak sangka hatinya masih berbunga cinta. Dan ajaibnya cinta, ia tidak mengenal usia. Sedangkan kini dia sudah punya dua orang anak dan bekas kekasihnya pun ada seorang anak. Masing-masing sudah punya keluarga.
"Apa masalahnya?" tanya saya seperti sukar memahaminya.
Dia kemudian mengakuinya bahawa bekas kekasihnya pun rupa-rupanya juga masih mencintainya.
Cinta bukan Tuhan, itulah jawapan pendek yang saya berikan padanya. Saya tegaskan tidak semua kehendak cinta mesti kita patuhi. Bila cinta melanggar batas-batas rasional, nilai-nilai kemanusiaan dan yang paling utama melanggar syariat, kehendaknya mesti dihentikan.
Saya ingatkan kepadanya, pertimbangkanlah bagaimana nasib isteri dan anak-anaknya nanti jika kehendak cinta yang "gila" itu dipenuhi. Pergi memburu cinta yang tidak pasti, lalu meninggalkan anak-anak dan isteri yang diamanahkan Allah... Berbaloikah?
Dan yang paling utama, bagaimana pula hukum Allah yang akan dilanggar jika hubungan terlarang (haram) itu diteruskan?
Mencinta isteri dan suami orang adalah haram. Curang itu khianat. Khianat itu adalah antara ciri kemunafikan.
Ya, cinta memang buta, tetapi orang yang bercinta (lebih-lebih lagi orang beriman) jangan pula sampai buta mata hati untuk mengawal dan mengendalikan rasa cinta. Demi cinta sanggup berdosa? Demi cinta sanggup menempah neraka? Fikir dan zikirkanlah (ingatkanlah)!
Malangnya, begitulah realitinya kini.  Cinta dimartabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung... Demi cinta segala-galanya berani diterjah dan sanggup diredah. Tidak percaya? Bacalah masalah-masalah masyarakat yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah. Isteri jatuh cinta pada suami orang. Suami jatuh cinta kepada wanita lain dan rela meminggirkan isteri sendiri. Bila ditanya kenapa? Kebanyakannya menjawab, "apa boleh buat, kami sudah jatuh cinta!"
Inilah gara-gara dan bahananya menonton filem cinta versi Bollywood, Hollywood atau filem-filem "yang sewaktu dengannya". Inilah impak lagu-lagu cinta yang menyumbat telinga dan menyempitkan jiwa. Secara tidak sedar filem-filem dan lagu-lagu itu telah menawan "akal bawah sedar" sesetengah masyarakat, bukan sahaja remaja, bahkan "retua" hingga sanggup menobatkan cinta sebagai Tuhan dalam kehidupan.
Lihat sahaja bagaimana hero dan heroin dalam filem-filem tersebut sanggup melepasi apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka. Pengorbanan demi cinta disanjung dan dipuja walaupun jelas melanggar tatasusila dalam beragama. Kerap kali ibu-bapa dipinggirkan, kononnya kerana menghalang kehendak cinta. Apa sahaja plot dan klimaks cerita, cinta akan dimenangkan. Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta!
Mari kita renung sejenak. Cuba tanyakan siapakah yang mengurniakan rasa cinta di dalam hati setiap manusia? Tentu sahaja jawabnya ialah Allah. Allah mencipta manusia, hati, akal dan perasaannya. Cinta itu fitrah yang dikurniakan Allah pada setiap hati. Lalu kita tanyakan lagi untuk apakah Allah berikan naluri cinta ini?

Untuk Apa Manusia Diciptakan?
Untuk mengetahui apa tujuan cinta kita perlu kembali kepada persoalan asas, untuk apa manusia dijadikan? Ini adalah kerana semua yang diberikan Allah kepada manusia adalah untuk memudahkan manusia menjalankan tujuan ia diciptakan oleh Allah. Apakah tujuan Allah menciptakan manusia? Tidak lain, hanya untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.
Ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui firman-Nya:
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba (beribadah) kepada-Ku." (Surah Al Dhariyat, 51: 56)
Dan Allah menegaskan lagi:
"Kami jadikan di muka bumi manusia sebagai khalifah."
Dua tujuan penciptaan manusia ini adalah amanah yang sangat berat. Allah menegaskan lagi:
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, namun semuanya enggan memikul amanat itu kerana mereka khuatir mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu tersangat zalim dan jahil." (Surah Al Ahzab, 72)
Sebagai hamba Allah, manusia perlu mengabdikan dirinya kepada Allah setiap masa, ketika dan di mana sahaja. Ia perlu menjadi manusia yang baik melalui ibadah-ibadah fardu Ain yang diwajibkan secara personel oleh Allah ke atas dirinya. Dan sebagaI khalifah di muka bumi, manusia perlu mengurus, mentadbir dan memakmurkan muka bumi ini berpandukan hukum-hakam Allah s.w.t. Ini adalah tanggung-jawab yang berat dan memerlukan penyertaan orang lain bersama-sama untuk dilaksanakan. Kebanyakannya amalan berbentuk fardu kifayah ini memerlukan tenaga jemaah.
Allah swt Maha Mengetahui akan kelemahan manusia. Dua tujuan yang besar penciptaan manusia itu tidak boleh dipikul secara bersendirian. Justeru, awal-awal lagi manusia wujud secara "co-existance" (ujud secara bersama). Kebersamaan ini sangat perlu untuk memberi kekuatan bagi memikul tujuan hidup yang sangat besar dan berat itu. Dan titik awal perpaduan antara seorang manusia dengan seorang manusia yang lain ialah hubungan suami-isteri yang membentuk sebuah keluarga.
Keluarga adalah nukleus yang pertama dalam hubungan sesama manusia. Daripada sebuah keluarga terbentuklah masyarakat, daripada penyatuan masyarakat terbentuklah daerah, negeri, negara dan akhirnya dunia kehidupan yang lebih besar dan luas. Lihatlah bagaimana segala bentuk perhubungan itu semuanya berasal daripada hubungan seorang lelaki (suami) dan seorang wanita (isteri).
Maha suci Allah yang menyatukan manusia dalam pakej-pakej perhubungan yang bernama keluarga, masyarakat, daerah, negeri, negara dan dunia antarabangsa. Semua itu untuk apa?
Ya, untuk bersatu bagi menjalankan peranan mereka sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Tugas yang berat dan mencabar itu akan terasa lebih mudah jika dipikul bersama-sama. Tanpa hubungan dan bantuan daripada orang lain, manusia tidak akan terpikul amanah yang besar itu.
Sesungguhnya, untuk memulakan tapak asas atau benih permulaan hubungan antara manusia dengan manusia itulah Allah ciptakan rasa cinta. Allah datangkan rasa rindu, sepi dan inginkan teman di dalam hati Nabi Adam. Pada hal Nabi Adam tinggal di syurga – tempat terhimpunnya segala nikmat dan keindahan.
Namun, tanpa seorang "teman wanita", Nabi Adam masih terasa kesepian jua. Allah jugalah yang mengurniakan rasa itu, untuk menjadi sebab terbentuk hubungan suami-isteri yang kemudiannya menjadi sebab pula lahirlah zuriat demi zuriat yang melahirkan generasi manusia.
Dan kemudian datanglah ujian. Cinta mereka berdua terpisah ketika "tercampak" ke alam dunia. Setelah sekian lama cinta mereka terpisah (sebagai kafarah satu kesalahan), akhirnya mereka bertemu di padang Arafah. Dan dari situlah bergabunglah jiwa, minda, perasaan dan tenaga mereka berdua untuk menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah di dunia.

Cinta Hanya Jalan, Bukan Tujuan
Cinta itu bukan tujuan... Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan."
Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.
Mungkin rasa seperti itulah yang berbunga di dalam jiwa si suami yang diimbau nostalgia cinta lama oleh bekas kekasihnya yang saya sebut pada awal tulisan ini. Kerana cinta, terdetik dalam hatinya untuk bersama bekas kekasih walaupun terpaksa mengorbankan anak dan isterinya. Mungkin rasa cinta itulah juga yang menyebabkan ramai wanita mengorbankan kehormatan diri kepada kekasih hati demi membuktikan ketulusan cintanya. Mungkin kerana itulah juga seorang anak sanggup berpisah dengan ibu-bapanya demi memburu cinta.

Bertuhankan cinta samalah bertuhankan hawa nafsu. Bila tujuan suci dan hakiki dipinggirkan, timbullah tujuan keji dan ilusi sebagai ganti. Sering terjadi nafsu seks dijadikan tujuan di sebalik rasa cinta. Cinta yang berbaur dengan kehendak seks inilah yang pernah dikecam oleh Al Farabi dengan katanya:
"Cinta yang berlandaskan nafsu seks adalah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan!"
Ironinya, ada yang berkata, "lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks. Wanita memberi seks untuk mendapatkan cinta."
Eksploitasi dan manipulasi cinta ini tidak akan memberi kebahagiaan kepada sesiapa – baik kepada lelaki mahupun kepada wanita. Lelaki yang mendapat seks dengan memperalatkan cinta, tidak akan pernah puas. Kehendak nafsu tidak terbatas dan tidak akan pernah puas. Melayani nafsu, umpama minum air laut... semakin diminum, semakin haus.
Manakala wanita yang memberi seks, kononnya untuk mendapat cinta, tidak akan mendapat cinta yang sejati. Mereka hanya akan menemui kasanova dan lelaki hidung belang yang hanya cinta sebelum dapat apa yang diidamkan, tetapi tunggulah sebaik sahaja habis manis sepahnya dibuang. Wanita-wanita malang ini bukan hanya kehilangan cinta, tetapi hilang maruah, kehormatan dan harga diri.

Letakkanlah cinta sebagai alat untuk beribadah kepada Allah. Wujudkanlah rumah tangga bahagia yang menjadi wadah tertegaknya kalimah Allah.

Sekian ...


Friday, January 14, 2011

ini macam pnya orang pn ada ka ...??

huh ..
pagi ni ... seperti pagi2 yg lain, aku terpaksa beratur dan bersesak2 utk masuk ke dalam LRT ..
disebabkan hr ni aku rasa kurang sihat, dr rumah aku dah berharap adala org yg sudi nak bg aku tpt duduk masa dlm LRT tu nnt ...
tut ... tut ... tut ...
pintu LRT terbuka dan dgn tak membuang masa, aku pun masuk ...
tut .. tut ... tut ...
pintu tertutup .. mata ni masih mencari kalau 2 ada ruang yg boleh memuatkan badan aku yg kecik ni ..
hah .. kat situ ada ... dalam keadaan tren yg bergerak tu aku perlahan2 bjalan utk mendapatkan tempat ..
nak dijadikan cerita .. adala seorg nyonya (dlm lingkungan umur 30-an) duduk sambil matanya terpejam dan berpeluk tubuh .. di sebelahnya ada 1 beg galas yg agak2 kalau beg tu dialihkan mmg muat utk aku duduk .. aku pn dgn tak segan silunya bertanyakan kat nyonya tu "can i sit here?"
dengan muka sombong dan mata yg masih terpejam dia menggelengkan kepalanya ... ahh ..  dia tak dengar jelas soalanaku tu .. aku tnya skali lg .. "excuse me.  can i sit here?" .. kali ni dia buka sikit matanya dan masih menggelengkan kepala ..
aduhh .. aku mula rasa nak tinggikan suara .. tp aku masih boleh bersabar .. mgkin dia tggu kawan di stesen berikutnya .. tp bila tren sampai kat masjid jamek, dan tempat aku turun, mmg tak ada sesiapa yg duduk sebelah nyonya tu melainkan begnya .. punyalah marah aku masa tu .. dhlah aku kurang sihat .. tak kan nak tggu smpai pengsan kot bru dapat duduk kan ...??
apalah salahnya kalau dipangku beg tu .. tempat tu utk diduduk tu bukan tempat utk letak beg .. dan muka sombong tu yg buat aku rasa mcm nak cepu skali muka nyonya tu .. sangat kurang ajar.
walaupun bukan dgn tutur kata, tp body language tu pun dah cukup menunjukkan sikap kurang ajar .. dahlah tak ada tolak ansur ... ini macam pnya org pn ada kaa ...
bengang betul aku .. pagi2 dah nak spoil kan mood aku ...
hmm .. dr trus nak igt kat nyonya tu .. baik aku blogwalking ..
jmpa lg nanti ...


Thursday, January 13, 2011

Segmen BEN ASHAARI BUAT BLOGGER BARU (2011)

image

waa ..
ada offer la dr blogger otai ...
dia ada buat segment khas nak introduce blogger2 baru kepada blogger2 lain .. menarik kan ..?
so walaupun blog aku ni bukan dilahirkan pada tahun ni, rasanya usia blog yg baru nak mencecah 3 bulan ni pun masih boleh dianggap baru jga kan .. blog ni lah tpt aku membebel atau pn nak bercerita .. ye la nak bercerita xde yg sudi nak dgr kan ...
haha .. tp kalau nak tau blog mana yg aku wajib singgah tiap2 hari .. jawapannya tak lain tak bukan mstila blog otai ni .. dan yg pasti mmg akan lebih daripada sekali dalam sehari ..

jd, atas kesempatan yg ada ni, aku dgn ini terus join segment khas anjuran blogger otai .. Mr. Ben Ashaari 

pen off ..

Sepagi di ofis

haha ..
betapa girangnya rasa hati ni bila tetiba je "boss" aku buka mulut nak pg meeting hri ni .. ntah apa lah mimpi dia ye nak pg meeting hr ni ..
well apa pun, keseronokan ni turut dirasa oleh rakan2 seperjuangan yg lain ...
hahaha .. bukan apa .. sesekali rasa bebas apalah salahya kan ..
taklah dok menghadap pc atau review documents je .. 
so nak di jadikan cerita .. bila dia keluar meeting .. hati ni berharap dia lambat balik ..
haha .. poyo je .. jangan tak tau .. sepanjang peninggalan dia pg meeting tu, sempatlah aku snap beberapa keping gambar mmg dgn tujuan nak di story-kan kat blog aku tentang aktiviti aku dan kawan2 bila bos tak de ..
tapi ..
bnda ni bukanlah terjadi setiap kali dia tak de .. tp akan tjadi bila tiba time sengal sume org ..
hahaha .. ye la .. tension dgn kerja .. jd, salah satu cara nak cara nak release mcm ni la .. 
Ni la kak pit ngan pose menawan .. kalau hari biasa tak dapat pose mcm ni tau ...
Haa .. ni plak dia menyakat kak yani .. kalau tgk muka kak yani tu .. pasrah je ...
Ni lg satu hal .. dalam mulut tu ada roti .. tp agaknya tak kenyang lg kot ..  
Ni plak .. dgn gaya bak puteri apa tah ...  aku la yg purak2 baca paper ..padahal tgk je punn .. tak baca ..
hehehe ... apa pn mcm selalu kita dengar perumpamaan .. jangan disangkan panas hingga ke petang .. sebab sape tau kan hjn di tengah hari ...
hohoho ... harap keseronokan kami hr ni sampai ke petang lah hendaknya .. bukan selalu pn nak seronok2 mcm ni kan ...
hehe ..ok .. till then ... 

Tuesday, January 11, 2011

Sakit Hati ...

aduss ...
stress + geram + marah + menyampah ..
pada siapa ... huh ..
actually, esok aku kna g verification meeting kat client nyer office .. malangnya aku terpaksa pg ngan org yg selalu komplen dia selalu tak di-update tentang apa2 issue berkenaan meeting tu .. pas tu nak mintak plak aku forward balik sume e-mail yg aku pernah dapat dr client tu .. aduss ..
kalau 1-2 email tak pe .. ni dr bln Oct 2010 smpaila yg aku dapat plg latest semalam .. hilang akal apa .. igt bole ke nak review sume tu dalam msa 1 hari .. kje yg dia ada pn selalu tak siap .. inikan plak nak tambah lg ngan review e-mail .. sakit nya lah hati ...
pastu nak ajak discussion lg ptg ni .. aku bukan apa .. aku ada byk lg kje lain nak kna buat .. 
bila da jd mcm ni .. nampak sangatla sume pn nak lepas tangan .. mna bole sume nak harap aku sorang ..
adoooiii ... 
mna pgnya teamwork yg dulu asik nak disebut2 pentingnya teamwork .. konon .. mana pelaksanaannya ... aku tak pernah nampak pun ... sume tu setakat cakap2 kosong ...
aku kecewa ngan tindakan mereka ...
huhuhu .. nak mengadu pada siapa ... kat sini je tempat aku dapat meluahkan rasa tak puas hati ...

Wednesday, January 5, 2011

Burung Kakak Tua

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua-dua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. 


Ia berkata kepada si penjual burung :-


Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...?? 
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam 
itu RM1000. 
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam. 
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.



Monday, January 3, 2011

Irama ~ Merindukanmu ...


Saat aku tertawa di atas semua...
Saat aku menangisi kesedihanku...
Aku ingin engkau selalu ada..
Aku ingin engkau aku kenang...
Selama aku masih bisa bernafas...
Masih sanggup berjalan..
Ku kan slalu memujamu...
Meski ku tak tau lagi...
Engkau ada di mana...
Dengarkan aku ku merindukanmu...
Saat aku mencoba merubah sgalanya...
Saat aku meratapi kekalahanku...
Dengarkan aku ku merindukanmu...

(*Kenapa aku layan lagu ini berkali-kali ?*)

Saturday, January 1, 2011

It's a new day ~ A new year



It’s official, another year has passed.  Time has come and gone.  A new year, full of ups and downs is ready to be lived.  This year will be filled with achievement, success, joy and meaning.  New Year’s Day 2011.  We are truly fortunate to be here.  Look ahead.  Think about what you want to accomplish this year.  Today is a wonderful place to start.  The new year is here and with it comes a golden treasure.  That treasure is “today”.  It’s yours and mine to do with what we choose.  Take the first step on your journey to tomorrow.  Make it great ..!  

Happy New Year!



Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...