online counter

Saturday, July 30, 2011

Kemas Rumah

lipat baju yg da basuh ~ DONE
susun semua baju ~ DONE
sapu bilik ~ DONE
mop lantai bilik ~ DONE
tukar cadar ~ DONE
susun atur bilik ~ DONE
kemas dapur + ruang tamu ~ DONE
basuh bilik air ~ DONE
buang sampah ~ DONE


haishh ... semua dah siap .. nak buat apa lg nih .. boring laaa ...
duk rumah sorang2 mmg wat aku jadi mcm org gila .. mati kutu .. mencinyaaa ...

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday

3 little finggers ..

Tuesday, July 26, 2011

Teambuilding (Part 1)

huh ...
selepas sekian lama aku tak mencoret kat sini ... akhirnya aku menulis kembali ...
buat pertama-tama kalinya ofis aku ni mengadakan program teambuilding yg mana program ni telah disertai org staff office ... program ni diadakan pada 22-24 July 2011 ..

aku da rakan2 lain bertolak ke Klana Resort, PD dengan menaiki bas. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 1 jam tp jadi 2 jam sebab ada kemalangan ...

bila sampai je .. aku da tak sabar nak tau aku akan sebilik dengan siapa .. sebenarnya aku tak kisah pn sebilik dengan siapa ... cuma rasa seronok sebab aku dapat sebilik dengan org yang dah memang aku jangkakan ... lepas terima kunci bilik masing .. kami dibenarkan berehat sementara menunggu staf lelaki pulang dari solat jumaat ...

bila semua dah ada .. maka bermula la aktiviti teambuilding yang mana aktiviti dimulakan dengan mengisi borang .. biasala bila da petang .. masing2 mula kurang menumpukan perhatian .. maka fasi untuk program tu mengarahkan semua untuk berdiri .. lalu memasangkan lagu "chicken dance" ... hahaha .. terdengarla gelak-ketawa staf bila mereka diminta untik turut sama menarikan tarian chicken dance tu ... macam-macam gaya ...
* Sebelum ice-breaking
aktiviti diteruskan dengan 'ice-breaking' .. di mana kami diminta mengira dari 1 hingga 6 .. dan akan dipecahkan mengikut nombor yg disebut .. maka aku ialah kumpulan 1 .. kami dimaklumkan yg kumpulan yg telah dipecahkan hendaklah kekal sehingga hari terakhir .. dan hendaklam mematuhi beberapa peraturan .. termasuklah datang awal .. kalau takkk ... markah kena potong .. seterusnya kami diminta utk mereka nama kumpulan, melantik seorang ketua .. dan macam2 lagi ...

* Selepas ice-breaking (kump 1)
selesai membahagikan kumpulan .. ada sedikit minum petang .. dan selepas tu kami dibenarkan utk naik ke bilik masing2 untuk solat asar dan dikehendaki turun semula dengan berpakaian sukan .. part ni yg best sebab petang tu ada aktiviti 'water rafting' ... dari 6 kumpulan tadi digabungkan 3 kumpulan untuk membentk 2 kumpulan besar .. dan kumpulan tu diberi nama kumpulan BIRU dan PINK ... maka selepas penggabungan .. aku berada dalam kumpulan yang hebat iaitu kumpulan PINK .. kami diminta untuk membina rakit .. di mana boleh mengisi sehingga 5 penumpang ... bila rakit dah siap kna pulak tiup belon sampai pecah .. aku jga la yg kena tiup belon tu ... bila belon dah pecah .. keadaan jadi kelam kabut sebab semua dah tak tau siapa yg sepatutnya ada atas rakit .. tetiba nama aku jga yg disebut .. aku pun duduk la kat tengah2 rakit tu .. tapi merasa jugala penat mendayung .. takut jga tjatuh sebab aku tak reti berenang .. kesudahannya kumpulan aku menang dengan jayanya .. apa yg aku dapat simpulkan ... masa aktiviti water rafting ni .. semua orang sama .. bos ke .. pekerja bawahan ke .. semua dah nampak macam sama je ..

* berusaha habis daya utk mendayung :)
* menuju ke checkpoint seterusnya
selesai diumumkan kumpulan yang menang .. kami dibenarkan utk balik ke bilik masing2 utk bersiap-siap utk maghrib dan class pada malamnya .. badan mula terasa letih .. tapi semua orang nampaknya masih bersemangat ..

bersambung dalam penulisan seterusnya nanti ...


Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...