online counter

Friday, August 12, 2011

Teambuilding (Part 2)

haaa ... lepas cerita Teambuilding (Part 1), ni ada lagi rentetan cerita-ceriti teambuilding lg ... disebabkan rasa malas nak membebel ngan panjang lebar, jadi aku biarkan gambar sahaja yg bercerita ... lalalala ...


*1- Sarapan dulu supaya ada tenaga ..
*2- Posing ngan kawan-kawan
*3- Dengar taklimat (kunun-kunun mcm tumpu perhatian je)
*4- Itulah team PINK yg hebat ..
 

*5- Taklimat keselamatan sebelum 'flying-fox' ...
 

*6- Posing .. posing .. dan posing .. padahal da kecut perut .. punyala penat nak smapai ke atas tu .. tapi pas sampai je tak sempat nak berehat dah kena tolak .. apa lagi .. "I'M FLYING ...!!!"
*7- Bila da sampai .. ketar lutut masih tak hilang .. tp sbb nampak ada cameraman .. trus posing mcm tak de apa .. chill la kan ...
   

*8- Hahah .. ni yg paling best .. actually diaorg ni semua dari BLUE team .. dengan bersusah-payahnya la tengok masing-masing merangkak bawah halangan ...
 

*9- Yg ni plak team PINK yg berusaha merentasi pelbagai halangan ...

*10- Ha ... yg ni plak hero-hero dari team PINK ... muka masing-masing semangat ... bos pun jeling-jeling je ...


*11- Dua gambar yg kat atas tu menunjukkan betapa gembiranya lepas team PINK di-announce sebagai juara ... apa lagi .. dengan aku skali melompat keriangan (mcm kanak-kanak ribena) ... hahah .. chill la ...
*12- Dua gambar yg bawah tu plak menunjukkan wajah-wajah kecewa dari BLUE team ... tpa apa pun, kitaorg tetap tak de gaduh-gaduh tau ...


*13- Posing-memosing dah menamg jadi wajibla .. tu yang pantang nampak cameraman, ada je nak menyelit ..
*14- Gambar-gambar yg tengah tu masa geng2 lelaki tengok football match "Malaysia vs Singapore" .. 


*15- Hari ke-3 (last day) .. berkumpul dulu utk sesi bergambar ... aktiviti diteruskan ngan berjalan ke tempat paintball yg terletak kat kawasan berhampiran ..
*16- Wajah-wajah wira dan wirawati yang penuh ngan semangat juang .. ecehhh ...


*17- Face mask and marker yg akan digunakan masa peperangan nanti ..
*18- Tapi smlm tu kenalah dengar taklimat dari 'marshal' tentang peraturan-peraturan permainan ..
*19- Setiap org wajip berpakaian lengkap untuk permainan ni .. kalau tak batal la jawabnya .. maka dengan ini semua kena ada dalam kumpulan masing-masing dan bila semua ahli dah cukup, baru la bole amik marker masing-masing .. aku tgh dok tengok mana satu yg paling best nak guna (padahal sama jek)


*20- Begitulah aksi hero dan heroin semasa di medan perang ... beriya je masing-masing ... hahaha ...


*21- Group photo - PINK + BLUE team .. chill lah ..
*22- Team PINK ngan bendera merah yang telah kami perjuangkan untuk mendapatkannya ...
*23- Bajet sorang heroin di antara 3 orang hero yg tak berapa nak macho ... heheh .. chill lah ...
*24- Hero-hero kaki posing ... ngan Mr. Incredibles bergambar kenang-kenangan bersama bos besar tuuu ...


*25- Sesi menjawab kuiz penentu selepas mata kumpulan kami sama ngan kumpulan 'Green Lantern' dan terbuktilah kehebatan kumpulan kami selepas berjaya menyiapkan puzzle yg diberikan dgn pantas ...
*26- Maka bertepuklah kegembiraan dan kami peroleh hamper yg besar untuk kemenangan tu ..


*27- Macam biasalah ... sebelum bersurai ada la majlis penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta ..
*28- Menyanyi sambil posing ... chill la ....
Maka berakhirlah sudah aktiviti teambuilding yang tersangatlah happening ... best woooo ...

Saturday, July 30, 2011

Kemas Rumah

lipat baju yg da basuh ~ DONE
susun semua baju ~ DONE
sapu bilik ~ DONE
mop lantai bilik ~ DONE
tukar cadar ~ DONE
susun atur bilik ~ DONE
kemas dapur + ruang tamu ~ DONE
basuh bilik air ~ DONE
buang sampah ~ DONE


haishh ... semua dah siap .. nak buat apa lg nih .. boring laaa ...
duk rumah sorang2 mmg wat aku jadi mcm org gila .. mati kutu .. mencinyaaa ...

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday

3 little finggers ..

Tuesday, July 26, 2011

Teambuilding (Part 1)

huh ...
selepas sekian lama aku tak mencoret kat sini ... akhirnya aku menulis kembali ...
buat pertama-tama kalinya ofis aku ni mengadakan program teambuilding yg mana program ni telah disertai org staff office ... program ni diadakan pada 22-24 July 2011 ..

aku da rakan2 lain bertolak ke Klana Resort, PD dengan menaiki bas. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 1 jam tp jadi 2 jam sebab ada kemalangan ...

bila sampai je .. aku da tak sabar nak tau aku akan sebilik dengan siapa .. sebenarnya aku tak kisah pn sebilik dengan siapa ... cuma rasa seronok sebab aku dapat sebilik dengan org yang dah memang aku jangkakan ... lepas terima kunci bilik masing .. kami dibenarkan berehat sementara menunggu staf lelaki pulang dari solat jumaat ...

bila semua dah ada .. maka bermula la aktiviti teambuilding yang mana aktiviti dimulakan dengan mengisi borang .. biasala bila da petang .. masing2 mula kurang menumpukan perhatian .. maka fasi untuk program tu mengarahkan semua untuk berdiri .. lalu memasangkan lagu "chicken dance" ... hahaha .. terdengarla gelak-ketawa staf bila mereka diminta untik turut sama menarikan tarian chicken dance tu ... macam-macam gaya ...
* Sebelum ice-breaking
aktiviti diteruskan dengan 'ice-breaking' .. di mana kami diminta mengira dari 1 hingga 6 .. dan akan dipecahkan mengikut nombor yg disebut .. maka aku ialah kumpulan 1 .. kami dimaklumkan yg kumpulan yg telah dipecahkan hendaklah kekal sehingga hari terakhir .. dan hendaklam mematuhi beberapa peraturan .. termasuklah datang awal .. kalau takkk ... markah kena potong .. seterusnya kami diminta utk mereka nama kumpulan, melantik seorang ketua .. dan macam2 lagi ...

* Selepas ice-breaking (kump 1)
selesai membahagikan kumpulan .. ada sedikit minum petang .. dan selepas tu kami dibenarkan utk naik ke bilik masing2 untuk solat asar dan dikehendaki turun semula dengan berpakaian sukan .. part ni yg best sebab petang tu ada aktiviti 'water rafting' ... dari 6 kumpulan tadi digabungkan 3 kumpulan untuk membentk 2 kumpulan besar .. dan kumpulan tu diberi nama kumpulan BIRU dan PINK ... maka selepas penggabungan .. aku berada dalam kumpulan yang hebat iaitu kumpulan PINK .. kami diminta untuk membina rakit .. di mana boleh mengisi sehingga 5 penumpang ... bila rakit dah siap kna pulak tiup belon sampai pecah .. aku jga la yg kena tiup belon tu ... bila belon dah pecah .. keadaan jadi kelam kabut sebab semua dah tak tau siapa yg sepatutnya ada atas rakit .. tetiba nama aku jga yg disebut .. aku pun duduk la kat tengah2 rakit tu .. tapi merasa jugala penat mendayung .. takut jga tjatuh sebab aku tak reti berenang .. kesudahannya kumpulan aku menang dengan jayanya .. apa yg aku dapat simpulkan ... masa aktiviti water rafting ni .. semua orang sama .. bos ke .. pekerja bawahan ke .. semua dah nampak macam sama je ..

* berusaha habis daya utk mendayung :)
* menuju ke checkpoint seterusnya
selesai diumumkan kumpulan yang menang .. kami dibenarkan utk balik ke bilik masing2 utk bersiap-siap utk maghrib dan class pada malamnya .. badan mula terasa letih .. tapi semua orang nampaknya masih bersemangat ..

bersambung dalam penulisan seterusnya nanti ...

Friday, May 6, 2011

sis's e-Day

hohoh ...
acum ... waa .. behabuk da blog ni ...
nampak sangat tuannya da lama tak mengupdate story-mory kat sini ..
bukan apa ... tak sempat je .. dek aktiviti harian kat ofis .. plus aktiviti-aktiviti tambahan yang lain ...

ok .. tanggal 1 Mei 2011 yg lalu, adik aku yg no 1 tu dah selamat menjadi tunangan orang ...
wah .. melangkah bendul nampak .. tu la .. da gatal sangat kot ... hahaha .. tak lah .. dah sampai jodoh la tu ...
bercakap pasal melangkah bendul ni .. ramai gak jiran-jiran yang datang tanya yg kakak (aku la tu) ni bila lagi ..
aku pn mula la rasa tak selesa .. rasa tak best ngan soalan tu .. mcm mna nak jawab sbb aku sndri pn tak de jawapannya .. aku pn mula la buat2 tak dgr ... sampai orang yang tanya tu rasa budak ni apahal agaknya ..
hahaha ...

btw .. alhamdulillah ... majlis sederhana tu berjalan ngan lancar sekali walaupun rombongan dari pihak lelaki terlambat sampai ...
apa yg tak best nya .. sdara-sdara aku yg bising da lapar sampai ada yg ajak balik .. aku tak berapa nak gemar pe'el diaorg tu .. tak kan tak bole nak sabar kalau iye pun da lapar .. mcm tak biasa je attend majlis org ... iyela ... bukan apa .. perangai org kampung aku ni mmg pelik sikit .. asal lambat je nak balik .. pastu nak minta org dapur tapau utk diaorg .. byk cantik .. konon2 nk jga la merasa lauk kenduri ... tah pape ... kot ye pun sabar sikit, then makan la sama2 nanti .. tu la konsep kenduri ... bukan setakat nak lepaskan perut sndri je .. kalau sorang da mula menapau .. pastu ada org lain plak yg mengikut .. nanti apa plak yang tuan rumah nak jamukan pada tetamu yang lain kan ... 

aduhai orang kampung .. cubalah keluar dari konsep yg macam tu ... bukan tuan rumah tak nak bg makan, tp minta bersabar sikit .. pastu bole la makan beramai-ramai ... kan tu lagi baik ... ada plak yg kata dia tak bole lmbt makan .. kalau tak nanti pengsan .. alahaii ... tak kan msa kat rumah tak smpat lgsg nak bersarapan sampai stgh jam lambat pn tak bole nak tggu ... geram plak aku dibuatnya hari tu ..

apa pn segala pe'el org kg terutamanya sdara-sdara aku ni tidak dilayan oleh org2 dapur (jiran-jiran ku) .. aku tgk tak de plak yg balik sbb tak makan ... bukan apa .. diaorg ni malas nak tggu lama utk makan .. da kata jamuan makan pkul 1,  bila pkul 1 masih tak makan tu yg diaorg sume berbunyi ... macam-macam la diaorg ni ...

apa yg penting kat sini tak de yg tak dapat makan dan majlis berjalan dengan lancar walaupun terlewat sikit dari yang dijadualkan ... 
nah .. ni antara beberapa pic tunang adk aku yg comel gebu tu ... 

Ni tepak sirih - modern style


Ni gambar yang tak cukup quorum .. sbb sorg adik aku tak dapat balik .. ada exam ..


Posing dulu ni .. 


Bersama dengan En. Tunang-nya


Tengok dulu kat cermin kalau ada yang tersenget ..

ok ... sampai sini dulu .. nanti kalau ada masa aku menulis lg ..



Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...