Wednesday, December 8, 2010

Sosej & Telur hancur ..

waahh .. bgn pg2 ni trus terfikir mcm nak buat sarapan ...
mimpi apa ye ..?
hehe .. bukan apa, cumanya mlm td aku sempatlah tgk2 buku resepi kat rumah tu ..
ada la ajar resepi2 mudah utk hidangan hjg minggu ..
tengah aku selak2 majalah tu, trus mata ni tertangkap pada 1 menu ni..
haha .. nak tau menu apa ..?
menu sarapan pagi "sosej & telur hancur .." menarik kan? ala2 western gitu ..
jd kat sini aku nak share lah resepinya .. kalau ada bahan + masa, bole la cuba ye .. 
Bahan2
3 batang sosej ayam (potong kecil)
2 biji telur (pukul sedikit)
1 pokok kecil brokoli (potong kecil)
1 labu bawang besar (dicincang)
2 biji tomato (potong dadu)
2 biji cili merah (buang biji & hiris nipis)
1 sudu besar minyak
garam secukupnya
cili sos
sos mayonis/thousand island
roti bun sosej (belah tengah)

Cara2
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar.
2. Masukkan sosej, brokoli dan cili dan digaul rata.
3. Masukkan telur dan biarkan keras sebentar.  Kacau supaya rata.
4. Angkat dan masukkan dalam roti bun sosej.
5. Hidangkan dengan sos cili dan sos mayonis/thousand island.

*nak lg sedap, bole letak cheese .. mmmmm ...

Haaa .. amacam? senang je kan ..? da tghri ni rasa lapar la plak tgk gambar tu kan ... 

apa pun aku ucapkan selamat mencuba ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...